Tuesday, July 30, 2013

Hujung2 cuti raya dan cuti sekolah

Hari ni tak banyak open house yang di tuju, rata2 sekitar Seremban saja. kira cover kawasan jajahan Seremban je hari ni. kena balik awal coz nak mengelakkan jammed yang dijangka akan melampau2 pada belah petangnya. 

On the way balik tadi, kami singgah ke Bandar Baru Bangi. kira2nya nak pekena sup tapi tak bukak lagi agaknya. lengang je masa kami lalu depan kedai tu. maklumlah cuti raya panjang sampai hari ni kan. harap2nya besok bukak la.

Dekat2 nak raya tempoh hari kami sempat lagi datang makan di Warung Dusun ni, terbaek la supnya...teringat2 ko sampai dalam mimpi hiksss. 

kali ni kami dapat order sup gearbox, pertama kali makan ni. tapi next time tak nak order kot, berlemaksss sangat
 
kangkung goreng belacan
 
telur masak kicap kalau tak salah namanya
 
yang ni tak boleh tinggal, ikan bawal masak 3 rasa. sedap betul :)

1 comment:

wantie said...

tu dia.. sekali makan sup gearbox. memang berlemak pun gearbox ni.

akak tak bape suka. tapi hubby memang gemar.