Saturday, July 13, 2013

Hukum bekerja dengan majikan fasik dan kafir

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 126 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Kawan saya bekerja dengan sebuah syarikat yang mana syarikat ini ada dua orang majikan. Majikan yang pertama adalah orang Islam, namun fasik dengan minum arak, tidak solat, pakai rantai dan sebagainya. Majikan yang kedua pula seorang yang bukan Islam. Kedua-dua majikan ini adalah pemilik syarikat ini. Persoalan saya, adakah wang yang diperolehi daripada gaji itu benar-benar halal dan boleh diberi makan anak dan isteri?

Jawapan

Sekiranya pekerjaan kita tidak terlibat dengan perkara-perkara yang haram di sisi syarak, maka pendapatan atau gaji yang diperolehi adalah halal.

Harus hukumnya memberi makan anak isteri dengan gaji yang diperolehi, tetapi adalah lebih berkat sekiranya bekerja dengan majikan yang bertakwa kepada Allah.

4 comments:

deno said...

alhamdulillah :)

wahida said...

bagus perkongsian ni...

tengs berkongsi...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus perkgsian ini..

Kakzakie said...

Yg penting bukan business yg haram. Kalau ikutkan negara kita berapa kerat Muslim yg mampu menawarkan kerja?