Saturday, July 20, 2013

Hukum bermesej (SMS)

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 128 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone (telefon bimbit). Apakah perbuatan itu halal ataupun haram?

Jawapan

Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej seperti bertanyakan, "Sedang buat apa?" "Awak minat apa?" "Suka warna apa?" atau "Saya suka tengok awak pakai baju ini," maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam.

2 comments:

reza al-razi said...

jauhilah perkara yg sia2.. dgn bermesej pun kdang2 boleh bawak kpd perkara yg tak baik..

Kesuma Angsana said...

gd sharing tq . slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !