Sunday, July 21, 2013

Hukum pertandingan ayam serama dan memancing

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 129 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya mohon bertanya mengenai pertandingan ayam serama tercantik dan pertandingan memancing. Adakah pertandingan ini termasuk dalam perjudian?

Jawapan

Sekiranya dalam pertandingan itu ada pertaruhan berlaku seperti setiap peserta perlu membayar sejumlah wang dan wang itu dijadikan hadiah kemenangan, maka ia adalah judi yang diharamkan dalam Islam. Namun, sekiranya hadiah rebutan itu adalah hasil sumbangan pihak ketiga maka ia bukan judi.