Tuesday, July 9, 2013

Iftar di Jombali Setapak

Hari ni gamat sunguh dengan cerita pasal Ashraf Muslim yang telah bernikah lagi di Thailand baru2 ni. macam2 reaksi, komen yang membunuh, komen yang pedas cili padi, komen membara api segala macam ada. tak kurang jugak yang komen memuji which is lagi aku rasa keji je. 

Kenapalah wanita selalu dijadikan alasan untuk mendapatkan sesuatu yang lain. tak rasa kesian ke pada isteri tu, dah hilang ke rasa kasih sayang selama ni. sekiranya ada kekurangan pada isteri, tak perlu kekurangan tu dicanang2 bagi semua orang tau. membuka aib isteri seperti membuka aib diri sendiri, takkan itu pun tak tau lagi.

Entah la, nak komen banyak2 pun payah. kita ni tak lari dari melakukan kesalahan dan kekadang tanpa sengaja terlukakan hati orang lain. perkara yang dah bersurat sukar untuk diubah lagi. cuma yang terluka, banyak2kan bersabar...sabar itu separuh dari iman. dugaan hidup, kita tak tau apa akan jadi pada esok hari tapi apa yang jadi hari ini dapat memberi iktibar/peringatan untuk masa akan datang.

Hari ni berbuka di luar lagi tapi masa makan malam lepas magrib di rumah. senang semuanya dah selesai baru keluar makan coz, oh lupa nak kabo....sempena bulan kelahiran saya ni, my laki nak berbudi pada bininya. dia bawa saya makan ke mana tempat yang saya suka selama sebulan ini, ala samalah macam mana saya treat dia masa birthday yang lepas. mujur je dah masuk Ramadhan kan, jadi tak banyak pun sebenarnya agenda makan di luar kami. saya lebih suka masak di rumah, kalau weekend pulak together with our big family...untung la pakcik tu bininya tak banyak 'mengetuk' dalam bulan Ramadhan ni.

Cuma tadi dia yang dah msg awal2 tak payah masak untuk berbuka + dia pun balik agak lewat, dekat2 nak masuk isyak baru sampai rumah. i bawak u dinner dekat luar katanya. dah saya balik rumah awal dengan senang hati solat asar lepas tu boleh tertido lagi sampai 7pm, mujur tak terlajar sampai berbuka je hiksss. jadinya dinner kami hari ni di Jombali Setapak, lamaaaaaaaaaa dah tak datang makan dekat sini.

Ice Mocha RM3.50 dengan Bandung Lychee Selasih RM6.90

 bandung lychee selasih ni sedap betul + memang saya suka sangat dengan minuman yang ada selasih

 Assam Laksa Malaysia RM10.90 untuk saya, sedap cukup masam pedasnya

Fried Silang Beef Kuey Teow RM 11.90 my laki order, kena mintak cili potong coz tak pedas langung. nanti tak mencabar lidah pulak kalau takde rasa gigit2 pedas tu.

6 comments:

Mimy Hamid said...

isu aserap muslim mmg hangat...cuma terkilan menipun tu sentap giler...konon urusan bisnes

aizamia3 said...

ramai yang marah pasal isu tu tapi nak wat camane.. kita tak tahu keadaan sebenar.. moga mereka tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan dan moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

anis abdullah said...

Puas la baca kat bn hari2 pasal AM. sirap selasih sedapnyer

DIARI MAT ARKIB said...

saya x respect lelaki sebegitu, sgt x gentleman, memainkan perasaan perempuan...

cik atie said...

sedihnye hati perempuan, bila si suami buat mcm tu.. :'(

tngk pic mknn tu, ttbe perut berkriok2 dah.. hihi

Kakzakie said...

Walau apa pun sekarang dah terjadi mereka kena teruskan mencari yg terbaik kelangsungan dari apa yg telah dilakukan.

Ann macam kakak suka air yg ada biji selasih. Semalam kakak berbuka buat air cincau nak bubuh selasih tapi dah habis pulak. Hari ini kakak nak cari.