Sunday, July 7, 2013

It's the DAY!!!

Sentiasa berterima kasih dengan arwah mama dan ayah kerana tanpa mereka saya takde di sini. sungguh tak sangka selepas 10 tahun tiba2 adanya saya dalam dunia ni. adik beradik yang lain selalu cakap saya anak sesat sebab ingatkan sampai takat no 5 je, rupanya ada no 6 hiksss.

Terima kasih to all my sibling and in law kerana menjaga, menyayangi saya walaupun saya kehilangan kasih ibu sejak kecil lagi (9 tahun) tapi saya masih merasakan kasih sayangnya melalui kalian semua. takde kasih sayang yang serupa seperti yang kalian curahkan kepada saya...saya sayangggg kalian semua.
 
Terima kasih kepada all my anak2 buah yang sentiasa menceriakan hari2 saya. setiap hari ada je keletah mereka yang menjadi bualan, usikan dan menjadi bahan gelak ketawa bersama2 yang lainnya. dalam WhatsApp tu kalau tak dengar diorang menyanyi tergelak membahan sesama sendiri memang tak lengkap kot hari  dibuatnya.

Terima kasih kepada semua makpakcik yang sentiasa mengambil berat tentang diri saya walaupun saya kini sudah bersuami. tetap tak tido malam kalau dah tau saya nak balik kg tapi tak sampai2 rumah lagi. tetap tak senang duduk kalau saya sakit demam. tetap nak mendengar suara saya walaupun saya yang sebenarnya rindu sangat nak dengar suara mereka2 tu semua. makpakcik saya sentiasa menjadi ibu dan ayah saya juga. setiap apa yang saya nak buat dan rancangkan pasti inginkan persetujuan mereka dahulu.

Terima kasih to all my cousin yang sentiasa support saya dan membantu di saat memerlukan. walau apa saja masalah, saya tak buntu nak mencari penyelesaiannya...uolsss always be my side. kita sentiasa merancangan perkara gila2 untuk our parent n family kan...takde idea dari kita2 ni mau takde seri je family event kan hiksss. for next year wedding, meh kita plan something yang agak gempak nak tak hihihihi.
 
Terima kasih kepada my laki kerana sanggup mampu gigih dan sentiasa melayan kerenah saya yang tak pernah habis ni, okay saya tahu saya memang banyak kerenah tapi itulah saya. terima kasih kerana menyayangi saya mengasihi saya menjaga saya seperti arwah ayah saya menjaga saya. saya tau awak memegang amanah terakhir ayah dengan cukup baik sekali. terima kasih kerana memberikan saya keluarga in law yang baik sekali.

Terima kasih kepada kawan2, sahabat2, kenalan2 semua kerana sudi menjadi sahabat yang baik, kelakar dan always happy bersama kehidupan masing2. uolsss sentiasa menjadi penyeri setiap hari saya. 

Terima kasih semuanya...

Today is my day, dah 35 tahun hidup. impian dalam hidup tu takde la sangat coz semuanya dah ada, kasih sayang cinta semua tu adalah impian hidup saya. harapan hidup saya adalah untuk menjadi wanita muslimah, menjadi isteri mithali, menjadi anak yang berguna dunia akhirat...oh banyak lagi gaya hidup yang perlu di ubah dari sempurna menjadi lebih sempurna, semoga dipermudahkan jalannya...amin 

14 comments:

azieazah said...

Tahniah. Again, Selamat Ulangtahun Kelahiran to ANN. Semoga terus ceria sejahtera di samping Toklaki. Semoga kehidupan seterusnya lebih bahagia dan indah.

Mimy Hamid said...

happy birthday sista...semoga berbahagia dunia akhirat..syg akak semoga murah rezeki

rATu kEBaYA said...

Selamat ulang tahun kelahiran.. semoga lebih berbahagia dan lebih murah rezeki dan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin...

Qhaifa Nur said...

hepi besday...
jasa mereka tetap kita kenang...
moga dipermudahkan segalanya..

Masya said...

alhamdulillah masih dipanjangkan umur lagi... moga sentiasa diberi kesihatan yg baik..

fazitaismail said...

hepi belated besday n slmt berpuasa..

reza al-razi said...

kecik2 dah x de ibu..mcm mak sy gak, time mak kecik2 arwah nenek meninggal masa lahirkan adik mak yg bongsu.. salam ramadan kak..

Ratu Hatiku said...

Hepi belated ya. Dan selamat berpuasa :)

Ena's Stories said...

hepi besday untuk awak..moga kebahagian yg dikecapi ini berkekalan dan akan bertambah hingga akhir hayat..insha allah..

Ema Johari said...

selamat hari lahir...

anis abdullah said...

Woii sebak dowh.. happy belated birthday ann

Izan Ishak said...

selamat hari lahir kak ann... moga terus diberikan kesihatan yg baik dan kebahagiaan yg berpanjangan dgn insan2 tersayang.

merahitujambu said...

alhamdulilah..syukur masih hidup hingga hari ini..moga Allah panjangkan umur awak dgn kesihatan yg baik

DIARI MAT ARKIB said...

happy belated birthday, maaf lambat wish, baru jumpa jalan datang sini, hehe