Thursday, July 4, 2013

Kain oh kain raya

Al maklum la cuti, bolehlah tido lewat sikit malam tadi. boleh la menonton tv sampai tengah malam kan sebab hari biasa balik je dari masjid terus naik katil. time bangun sahur tetap tak berubah, saya bangun 4am untuk sediakan juadah bersahur. 

Hanya waktu sahur sahaja saya menyediakan lauk + nasi, waktu berbuka biasanya makan kuih dengan roti dah mencukupi. nanti nak pegi masjid pun ada makanan jugak, alhamdulillah sedekah dari jemaah yang lain tak putus2. 

Malam tadi jugak terjadinya satu hal yang tak diduga, masa my laki dah nak start memotong kain...ada satu beg kain ni bersama dengan makanan (berjenis lauk rasanya) yang dah lama terperuk dalam beg tu. mangaiiiiiiiii baunya jangan cerita la. tak semena2 kami kena basuh semua baju sample tu. mujur je kain yang nak di potong tu tak kena cecair busuk cuma ukuran semuanya habis lunyai basah. kami memang tak perasan langsung adanya benda asing dalam beg tu selama ni coz takde pulak bau terbau busuk dari beg tu. alih2 bila bukak je beg yang satu tu...mau pengsan ahkak laki bini.

Finally, baju sample dah wangi semula, kain pun dah selamat di potong. nak mula menjahit, my laki kata banyak lagi kain lain yang tak sempat di potong malam tadi. jadinya hari ni ruang tamu rumah penuh dengan kain baju raya orang.

Plannya pagi ni nak menjejak Jalan TAR untuk mencari kain baju raya my laki, tapi la ni my laki pun tak bangun2 lagi. alamatnya plan nak pegi pagi tu bakal bertukar waktu gamaknya :)

Takpelah asalkan berbeli nanti kain tu. hari2 bekerja memang saya tak kuasa la nak mengukur jalan dekat Jalan TAR tu. hari ni pun kalau pegi just tuju Gulatis je dengan Jakel, nak merayau2 tempat lain memang tak kuasa hehhhh.

Antara menu sahur pagi tadi, meriah sikit uolsss hiksss.... 

 ikan masak lemak cili padi, telur masin (agen perangsang tekak), sambal gesek ikan bilis

yang pasti ini sayur habis dulu, lama betul tak makan taugeh goreng ni...sedap pulak rasanya, banyak jugak khasiatnya

2 comments:

QasehnyaRania said...

meriahya lauk pauk bersahur ann:)
saya just hangat kan je tak terdaya nak masak pepagi. huhu

selamat ebrpuasa dear ;)

anis abdullah said...

Rajinnya ko masak. Bagus jaga perut Suami.