Friday, July 26, 2013

Kek Durian

Sambil buat entry sambil mata pandang tv, tapi rasanya lebih kepada tengok tv je. maklumlah tadi kan ada cerita Ijab Dan Qabul. AP dengan ND yang berlakon kan, harus tak kelip mata tengok hiksss.

Siang tadi dapat durian dari my bro, dusun durian dah start gugur. hujung minggu ni kami ramai2 adik beradik balik kampung dekat Kemaman. dah plan malamnya nak stay dekat pondok dalam dusun sambil tunggu durian gugur. saya memang tak join stay dalam dusun ni, tak tahan nyamuk la.

Berbalik dari dapat durian tu, makan2 banyak tapi masih ada isi durian lagi...jadi yang tak habis tu saya jadikan bahan untuk buat kek durian pulak instead dari buat tempoyak. dah banyak sangat stock tempoyak sampai dah tak termakan.

Nah resepi kalau berminat nak cuba la;
 
Bahan A:
250gm mentega
240gm castor sugar
4 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh garam
375gm tepung gandum
125ml susu segar
1 sudu teh soda bikarbonat
100gm isi durian

Bahan B:
4 biji putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar
60gm castor sugar

Cara2nya:
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur bersama cream of tartar dan masukkan gula sedikit demi sedikit. pukul sehingga gebu.
3. Kemudian satukan kedua2 bahan tadi dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 160 darjah selama 50mins mengikut jenis oven masing2.

Sekiranya menggunakan tepung naik sendiri, makanya tak perlu letakkan lagi soda bikarbonat

2 comments:

reza al-razi said...

mcm best je kek durian ni.. x pernah rasa..

Rai Ourkizuna said...

baru bukak page ni hidung saya da mcm terbau bau durian.. telan liur banyak kali..hahaha..