Monday, July 8, 2013

Kek Pelangi

Menu petang tadi, terajin pulak nak membaking. dah lama jugak oven ni tak berpanas...bagi hit sikit la. balik kerja pun awal sepanjang bulan Ramadhan ni, 4pm keluar office, by 430pm dah sampai rumah.

Resepi dah lama simpan peram, kini barulah nak mengasah bakat balik...bila dah lama tak baking ni kekok pulak rasanya nak memegang segala baking equipment. tapi takpe, belasah je mana dan weh.

Meh la share resepi ni walaupun kek ku terbantat pulak, tu la dah kata tadi...akibat lama tak mengasah bakat membaking, gini la jadinya. takpe, motivated diri. lepas ni akan rajin la daku baking baking dan baking lagi.

Bahan A
5 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
125gm caster sugar

Bahan B
5 kuning telur
155gm tepung gandum
120gm caster sugar
1/4 sudu teh garam 
85ml air
1/2 sudu teh baking powder
85ml minyak jagung

Bahan Tambahan
1/2 sudu teh pewarna - ikut suka uolsss la

Cara2nya;

1. Pukul bahan A dalam mangkuk adunan sehingga gebu. di dalam mangkuk berasingan, pukul kesemua bahan B sehingga sebati.

2. Satukan kedua2 bahan A dan B tadi dan kacau sehingga rata dan sebati. bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna berbeza setiap satu.

3. Tuang berselang seli ke dalam acuan. bakar pada suhu 160 selama 40 minit.

Sekiranya menggunakan minyak jagung, tidak perlu meletakkan mentega ke dalam adunan kek ini lagi.

8 comments:

Mimy Hamid said...

tu dia dah start baking

ejulz said...

waaaaa.. makan dengan milo panas sedap tu.. hehehe.. meleleh pulak air liur pagi ni. hehe

kurus said...

cantiknyee tekstur kek pelangi nie ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam....cantiknya kek pelangi.Minta izin copy resepi ya.lapang2 jemputlah singgah ke blog akak,.

Azlan Strider said...

menarik rupa kek nie kak..kalau jadi buat memang naik nafsu makan..hehehe

Regards,
-Strider-

Qhaifa Nur said...

sedapnya kek...
rajinnya dia baking...

wahida said...

perghhh...aku respek la org yg terer buat kek ni...aku ni setakat buat puding biasa reti la...hahaha...

LURZAN TAZA LIMAJ said...

oven saya rosak, sedih tak dapat mengekek, huhu...