Friday, July 12, 2013

Kenduri kawin sebelum Ramadhan

Kisah 2 minggu sebelum Ramadhan ari tu, wedding yang akhir jugak sebelum mulanya berpuasa. gigih lagi sekali untuk ke Muar Johor, walaupun pernah datang tapi baru sekali masa tu kan. kali ke dua datang, ingatan tu tak berapa nak tajam lagi dengan bandar Muar ni. mengagau jugak la mencari lorong rumah pengantin dengan menempuh pekan Muar yang jammed hamat. nak ikutkan tak payah tempoh pekan tapi dah ngikut belakang kereta orang, tawaf pekan sudahnya. 

Kalau nak ikut jalan saya, saya lebih suka ikut Melaka lagi untuk ke Muar...very lurus je jalannya. tapi ada pulak kawan my laki yang kata ikut masuk tol Tangkak lagi senang, at the end dengan kawannya pun sama je sesatnya. takpe, dimaafkan sebab sama2 pun tak berapa nak mahir jalan Muar ni. nak sesat biar sesat sama2 kan dari sesat sorang2.
 
Perjalanan nak ke Muar ni dimulakan di Seremban lagi tapi kawan2 my laki dari KL la. kami balik Seremban malam sebelumnya coz ada acara makan steamboat dengan my big family. tu yang gambo atas tu tetiba ada je muka anak buah ku sayang, Ayang. gigih ni nak ikut sama, boring katanya dok cuti lama dekat rumah. bulan Sept nanti gamaknya baru mula study, insyaAllah kali ni dekat UMK, Kelantan. berapa lama, entah la budak ni...belajar tak habis2nya.

Majlis ni adalah belah lelaki, pasangan ni dah selamat bernikah kalau tak salah awal tahun ni beserta majlis bersanding belah perempuan. belah lelaki ni kira diorang buat lambat.
 
Bagus jugak macam tu kan, dah lama tak bersanding....naik pelamin lagi sekali ek. badan pun tak la penat sangat. selepas majlis ni, kami terus balik semula ke Seremban. dinner siap2 dulu dan kemudian baru balik ke KL siap dengan bekalan mangkuk tingkat lauk pauk my sista masak. tu yang buat saya suka simpan frozen siap2, kalau nak makan...panaskan je lauk2 tu semua.
 
Pegi kenduru kawin memang tak sah kalau tak dapat ole2 dari rumah pengantin. ini antara pemberian yang saya dapat. hak my laki, segala makanan dengan air kotak tu dah selamat dari dalam kereta lagi. asal lapar bukak cekelat, lapar lagi bukak pulak kuih telinga koling, dahaga pulak minum air soya hiksss.

3 comments:

Mimy Hamid said...

muar tu dekat je kalau ikut tangkak tau...

wahida said...

festaim nampak air soya kotak jenama tu...

Tihara said...

kuih telinga koling tu my favy :)