Sunday, July 14, 2013

Mendengar ceramah perempuan

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 127 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukumnya seorang lelaki mendengar ceramah daripada seorang perempuan? Saya adalah seorang pelajar universiti dan kuliah yang diberikan adakalanya daripada pensyarah wanita yang kadangkala tidak menutup aurat. Isteri saya juga bekerja sebagai guru. Apakah hukum pelajar mendengar pengajaran daripada beliau? Mohon penjelasan daripada ustaz.

Jawapan

Kaum wanita hanya boleh menjadi guru bagi kaun wanita. Namun, ia dibolehkan sekiranya tiada kaum lelaki yang mempunyai ilmu-ilmu yang dimiliki oleh guru wanita itu. Guru wanita hanya diharuskan mengajar pelajar lelaki yang masih kanak-kanak.

Pensyarah wanita yang tidak menutup aurat adalah berdosa kerana Allah dan pelajar-pelajar lelaki perlu menundukkan pandangannya dari melihat aurat itu.

No comments: