Wednesday, July 24, 2013

Menu raya ke 4

Entry bercampur2 la ye sebelum dengan selepas raya. kalau nak habiskan yang sebelum raya tu rasanya mau setengah bulan Syawal ni baru habis kot. kalau larat nak habiskan saya cuba, tapi kalau tak dan...saya tinggalkan je hiksss.

Juadah wajib di hari raya untuk kami sekeluarga adalah ketupat, rendang daging serta ayam + kuah kacang....serta beberapa menu tambahan last minutes pasti ada. pasti penuh meja dengan lauk pauk sesaja. cuma tahun ni keluarga saya berniat nak bakar lemang pulak, okay memang menjadi tapi tak berapa nak cantik sangat. maklum la baru pertama kali membakar lemang. confirm raya haji nanti mesti menjadi cantik punya isinya. berbalik kepada juadah wajib tadi, pasti setiap rumah tak ketinggalan dengan menu daging serta ayamnya. dan bagi saya, setiap kali bertandang beraya di rumah saudara mara...juadah ini menjadi pilihan utama saya. kuih2 raya ni memang tak usik langsung accept kalau ada kerepek ke kuih bahulu ke baru saya ambik makan. 

Dek kerana terlebih makan daging dengan ayam belum masukkan lagi limpa paru lagi, membuatkan hari raya ke 2 dan ke 3...saya dah mencari maggi sebagai sarapan. sarapan je la sebab lunch dinner tetap makan rendang daging ayam jugak, maklum la orang masih hidangkan menu utama ini untuk tetamu di hari raya kan. 
 
Hari ni saya dan my laki dah balik ke KL, besok kami dah mula kerja macam biasa. tak ambik cuti raya pun sebab hujung bulan nanti baru kami bercuti2 Malaysia. menu wajib dinner kami adalah...maggi kari pedas meletopsss

No comments: