Friday, July 5, 2013

Merasa ke bazaar Ramadhan

Semalam selepas Zuhur terus keluar mengukur jalan dekat Jalan TAR, tujuan utama adalah mencari kain untuk baju raya my laki...baju bininya ni dah lama siap, not too worry lol. korang kalau nak ke Jalan TAR dalam musim2 ni, korang parking la dekat hotel yang berhampiran dengan Jakel tu...Maytower Hotel kalau tak salah. harga paking adalah RM3 per hour, tak payah la nak bermurah hati pegi derma dekat mat2 yang jaga parking2 haram sekitar kawasan tu. dah la mahal sampai RM10, lepas tu kereta korang belum tentunya selamat parking dekat tepi2 jalan silap2 dekat lorong2 gelap bila malam. saya kalau ke Jalan TAR, port parking memang dekat hotel tu sesaja, even bulan2 yang lain...tak pernah dah nak main selamba parking di mana2.

Tak lama pun kami dekat sana, tak larat heh nak tengok manusia punyalah ramai. naik rimas pulak bila lalu dekat area yang bukak payung bagai tu, bergesel2 bahu ni mak geli nyahhhhhhh. just tumpu pada tujuan asal, mencari kain...bila dah dapat bayar dan terus keluar dari situ. sebelum tu tumpang solat dekat hotel Maytower, boleh rehat sementara sambil nak menunggu waktu berbuka hiksss.

Mulanya plan nak berbuka di Kampung Baru tapi cancel, akhirnya kami plan untuk berbuka di rumah my brother dekat Kota Damansara je, sian my sista in law berdua dengan anaknya. my brother ada di London dan malam ni akan terbang ke Timor Leste pulak. masa pun masih awal lagi, tetiba terpacul plan nak ke bazaar Ramadhan. bukan apa, nak merasa jugak la macam mana hebatnya penangan bazaar Ramadhan tahun ni.

Since nak ke Kota Damansara, kami pegi terjah bazaar Ramadhan yang dekat TTDI. parking dekat area office my laki dan kena berjalan sikit untuk ke bazaar tu. kawasan bazaar yang besar dan jammed pun meriah jugak. my laki yang officenya dekat pun tak terjejak bazaar ni, saya lagilah 1st time ko. sejak kawin 2 tahun lepas sampai sekarang, inilah baru menjejak bazaar Ramadhan. selama ni tak teringin langsung rasanya nak datang.

Perasaan selepas pegi bazaar Ramadhan, erm rasanya tak nak pegi lagi kot. takde apa yang menarik sangat pun, kuih2 tradisi memang payah nak jumpa. jenuh mencari kuih badak berendam tapi nan hadonya, sedih...balik kampung weekend nanti harus saya cari kuih badak berendam. Jelebu gak yang senang nak cari kuih2 kampung ni. 

Tak lama dekat bazaar, beli jugaklah karipap giant dengan popia basah. penat2 meredah lautan orang takkan tak beli apa2 pulak kan. terus je pegi tempat di tuju. singgah sekejab dekat rumah my cousin yang setaman dengan my brother, hantar kuih berbuka sikit dan bila sampai rumah, banyak makanan my sista in law masak.

Gambo2 lauk pauk takde kali ni tapi diganti dengan gambo bertunang my BFF yang sekarang ni dah selamat pun kawin. dari terperuk je gambo ni, alih2 hilang nanti. lebih afdal kiranya di muat turun kan ke dalam entry yang takde kena mengena jugak isi kandungan dan gambonya ni hiksss...

 hah cantik kan hantarannya, lantaklah entry majlis kawin dah keluar lama...la ni baru nak tayang2 gambo bertunang. lama mak simpan gambo ni nyah...

 yang di pinang sekarang dah berumah takde tangga hiksss

 orang yang agak2 penting la...dari pagi dah ke hulu ke hilir 

 dalam banyak2 bunga, bunga mane yang berkilau...

untuk kenangan dan tatapan sahaja, sebabnya belum ada lagi gambo bertunang ko dalam blog ni babe...love u muahmuahmuahhhhhhhhh

3 comments:

Mimy Hamid said...

pernah parking kt jalan tar tepi campbell tu kena sehari RM28 sejarah parking mahal dalam hidup

anis abdullah said...

Memang maytower tu port kami parking. Selamat kot. Mimy apa mahal ko bayooo..sogo pun tak mahal camtu. Tapi la ni kami suka parking kat capsquare.

DIARI MAT ARKIB said...

opss, tercuri idea nak gubah hantaran pertunangan bila tengok gambar2 itu, hehee