Monday, July 22, 2013

Sehari sebelum raya...

Dah hujung2 Ramadhan, dah start jugak musim2 cuti balik kampung. keja 3 hari ni rasanya kosong je jiwa ke keja, badan je gigih lagi nak menapak ke office. hari isnin masih ramai lagi yang belum start cuti walaupun ada seorang dua yang dah pun bercuti sejak minggu sebelumnya lagi macam boss saya la. hari selasa dah setengah yang dah cuti dan setengah yang mula salam2 nak cabut cepat je. 

Hari ni yang pasti saya dan beberapa kerat je lagi yang datang keja. most of them adalah orang KL or beraya di KL. tapi saya yang nak balik Negeri Sembilan pun tak cuti jugak. rugi weh, dah sah2 hari ni halfday je hiksss.

Plan awalnya memang saya dan my laki cuti hari ni tapi last minutes cuti my laki tak approved. saya mula2 bengkek jugak tapi terpaksa reda la dan akhirnya saya pun cancel cuti hari ni dan sama2 pegi keja. mujur je memang ada keja yang tengah mengejar dateline lepas raya nanti, ohhhh budget FY2014 ku tak siap laiiiiiiiiiiiii.

Ada kawan pulak sibuk ajak pegi shopping hari ni, nak ke MV katanya. tapi tengok la dulu ye, mood nak shopping dah tutup dari semalam...mood nak balik raya je ni yang tengah melonjak2. tingat dekat rumah tu, daun ketupat menanti diayamkan, buluh menanti dimasukkan daun pisang dan pulut, daging ayam menanti direndangkan, kacang menanti dimasakkan, balang kuih raya menanti dimasukkan kuih, kek menanti mintak dipotong makan ramai2...uihsss banyak je keja yang menanti ni.

Semoga dipermudahkan segalanya dan dapatlah kami serta uolsss semua menyambut hari raya dengan gembira di samping keluarga tercinta.

Di hujung2 Ramadhan ni jugak, dapur rumah saya tak berapi setiap kali sampai waktu nak berbuka. semedang berbuka di luar je sekarang ni. setiap kali balik keja, ada je benda yang nak dicari untuk raya nanti dari kelengkapan diri sampai la kelengkapan rumah. akhir2 ni jugak banyak berbuka bersama dengan mertua, almost setiap hari. tapi semalam kami berbuka di luar saja, my ibu mertua busy pegi pasar membeli belah untuk memasak lauk pauk hari raya nanti. 

Kali ni kami makan di Adam Tomyam Kg Baru, mujur tak tutup kedai lagi. maklumlah banyak da kedai tomyam yang dah mula tutup sejak isnin yang lepas.
 
tomyam seafood

kailan ikan masin
 
ini wajib ada, sambal belacan
 
ikan bawal masak sweet sour
 
ini rupa depan restoran, landmark...sebelah dengan Rosdet Restoran

Malam ini akan berbuka di rumah mertua dan akan balik ke Negeri Sembilan selepas takbir raya nanti...in sha Allah. macam biasa akan berhari raya dengan mertua dulu :)

2 comments:

Lia said...

sedap2 menu tu..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. Dari Lia Sekeluarga...

anis abdullah said...

Aku pun belun beli Tudung raya lagi. ..