Thursday, July 18, 2013

Warung Dusun Gearbox, Bangi

Penat semalam masih tak hilang lagi. oh banyak betul keja, maklumlah dah nak cuti raya kan. saya tak cuti pun tapi my boss yang sakan cuti start Isnin nanti walhal bangsa Cina...oh haiii

Kerana banyak sangat keja, masa balik pun pulun jugak buat kerja. sudahnya balik pun dalam 7pm. mujur dah tak jammed jadi boleh la sampai rumah ngam2 waktu berbuka. my laki dah balik beli kuih, buat air siap2 masa bininya balik. alhamdulillah boleh terus niat berbuka, teguk air sejuk sedap calamansi.

Lepas berbuka, mandi dan solat magrib. baring2 luruskan badan yang lengguh , sudahnya terus terlelap. tersedar pun dah dekat 10pm, terus bergegas siap sebab dah berjanji dengan BFF nak jumpa minum kopi. 

Sampai je di GE Mall, kawan2 dah sampai dulu. masa tunggu minuman siap dekat Starbuck, tetiba saya nampak pelakon femes...Shaheizy Sam. tengok je la, taklah sampai nak bergambar pun. terus duduk gebang sampai cafe tutup, itu dah pasti. bila dah kena halau barulah bangun hiksss. salam2 cium peluks sambil ucap selamat hari raya coz lepas ni tak jumpa lagi. masing2 dah start balik kampung. saya bekalkan mereka kuih raya...hope korang suka ye anis & reen.

Malam sebelum tu saya makan di Bandar Baru Bangi selepas solat terawih di masjid dekat sana jugak. saja nak merasa suasana terawih masjid dekat sana pulak sambil berjanji nak berjumpa kawan2 yang stay di area Bangi. alhamdulillah seronok...
 
kerabu sotong
 
kangkung goreng belacan...erm yummeh
 
telur bungkus
 
ikan bawal masak 3 rasa
 
Teringin sangat nak makan sup gearbox, tapi sayang dah habis pulak huksss. pertama kali makan dekat sini, makanan yang sedap, harga berpatutan dan service yang cepat walaupun ramai pelanggan.

Seksyen 9, Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi, Selangor (Berhampiran exit tol PLUS Kajang-Bangi) - See more at: http://rakanmesra.com/gogo/index.php/2012-12-24-08-03-01/item/76-warung-dusun-bangi#sthash.cveqYxTs.dpuf
Lot 6045 Jalan Dusun Kampung Sungai Ramal Dalam Kajang Selangor



Seksyen 9, Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi, Selangor (Berhampiran exit tol PLUS Kajang-Bangi) - See more at: http://rakanmesra.com/gogo/index.php/2012-12-24-08-03-01/item/76-warung-dusun-bangi#sthash.cveqYxTs.dpuf

Seksyen 9, Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi, Selangor (Berhampiran exit tol PLUS Kajang-Bangi) - See more at: http://rakanmesra.com/gogo/index.php/2012-12-24-08-03-01/item/76-warung-dusun-bangi#sthash.cveqYxTs.dpuf

4 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

Sedapnya...jamu mata jerlah hihihi

anis abdullah said...

Nak mkn pun rasa sayang...

Bitt (double IS) said...

tercari2 i gambo sup gearbox...hehehhe nak try tapi asal sampai kat sup gearbox mesti nak sup ekor je..hehhehe

Siti Nurfaizah said...

Sedap aihh...posa2 nii