Wednesday, July 17, 2013

Zombijaya by Adib Zaini

Novel yang membuatkan saya tak berhenti untuk baca dan baca sehingga, mengambil masa yang sangat singkat...2 hari je dah boleh habis baca novel ni. seyes saya rasa teruja untuk membacanya walaupun jalan cerita yang santai, lebih berlatarkan bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya...serta serangan zombi. tiba2 daya imaginasi saya seperti terlayar sama dalam pembacaan tu.

Penggunaan bahasa dalam novel ni pada saya adalah sangat berani...pasti ada ayat2 mencarut yang okay bagi sesetengah pihak membacanya tapi kena ingat, tak semua pembaca suka dengan ayat2 mencarut macam tu. lagi satu, yang sangat geram, boleh pulak semua watak dalam cerita ni mati akhirnya...oh ni dah macam movie Final Destination tu.

Okay la meh tengok sinopsis novel ni;
Terbitan : FIXI
Harga : RM20

Selamat datang ke Malaysia. negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?

Kalender lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.

Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. tamadun hancur. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.

Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.

6 comments:

are_lin@yu said...

first time ayu dgr bku ni..ktggalan btl.hehe

Umi Qi said...

Hehehe lama betul x baca sejarah...kalo tanya nih naya umi Qi kekekeke

Sya Mimie said...

mcm menarik je..hehehe

wantie said...

best ke,sampai semangat betul membaca ni.

Emma said...

first time dengar pasal buku nie.. :)

Kakzakie said...

Oh... ada juga buku macam ini ye Ann

Selamat Hari Raya & maaf zahir & batin dari kakak...