Saturday, August 10, 2013

Boleh percaya ataupun tidak

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 135-136 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya mohon bertanya berkenaan hukum percaya pada amalan-amalan orang lama seperti tidak boleh menyikat rambut dengan sikat yang patah dan tidak boleh menyapu pada waktu malam. Apakah kepercayaan ini dibolehkan atau tidak?

Jawapan

Larangan-larangan seperti ini sebenarnya bukan bermaksud haram, tetapi atas dasar melakukan yang lebih baik. Contohnya larangan menyikat rambut dengan sikat patah boleh menyebabkan kesakitan kepada kepala kerana gigi sikat yang patah mungkin melukakan kulit kepala.

Begitu juga dengan menyapu pada malam hari. Sebenarnya kemungkinan kotoran yang disapu tidak habis dan sempurna sebagaimana waktu siang.

Kepercayaan ini tidak ada bersangkutan dengan perkara akidah

1 comment:

ZazaMyMoon said...

kadang2 kita jd keliru dengan larangan2 yang wujud, dari zaman tok nenek lg dah ada pantang larang. generasi2 muda skrg jd keliru sama ada itu adalah satu larangan islam atau hanya petua tok nenek kita dulu2.. wallahwalam..