Saturday, August 31, 2013

Fatwa memakai gelang kesihatan

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 145 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya membaca dalam akhbar, ada mufti menyatakan boleh memakai gelang dengan tujuan kesihatan. Setahu saya, perkara yang jelas haram, tetap haram. Apakah hukumnya?

Jawapan

Berkemungkinan maksud mufti itu memakai gelang bertujuan perubatan yang disyaratkan tidak ada niat berhias dan bentuknya tidak menyamai gelang perhiasan.

Sekiranya gelang yang kebiasaan dipakai oleh orang ramai, hukumnya adalah haram kerana bentuknya adalah jelas sebagai perhiasan.

1 comment:

Norhaizan hakim said...

kadang2 keliru juga. Saya pun pernah baca, yg namanya gelang, semua haram di pakai kaum adam tapi saya agak suka penerangan UAI ni.