Tuesday, August 6, 2013

Friendship moment @ Ben's General Food Store @ Bangsar Village

Kisah kejadian adalah sebelum Ramadhan lagi. ada perjumpaan geng2 yang dah jauh di mata, dekat di whatsapp hiksss. saja je la nak jumpa2 in person selepas lama dah tak jumpa, ada kot setahun lebih dah.
 
Tempat pertemuan dekat "Ben's Genereal Food Store @ Bangsar Village". lepas office hour gigih meredah jammed nak ke sana. memula nak pegi KLCC je tapi tarikan Bangsar tu lebih kuat la hiksss.
 
Bila dah jumpa kengkawan, gebangnya mesti la hevoc kan. mujur masa ni orang tak ramai lagi tapi bila menjelang dinner time, semua tempat kosong tu dah di penuhi dengan manusia2 lapar. 
 
minuman yang berunsurkan peanut butter
 
yang ni pun...
 
Ingat dulu memula saya datang makan dekat sini dengan my laki, pertama kali jugak masa tu mencuba minuman yang berasaskan peanut butter ni...rasa pelik je dekat tekak. tapi bila dah kerab datang selepas tu, minuman ni dah rasa sedap pulak. wajib order katanya
 
2 type of pizza kami order
 
yang ni adalah slice ke 2 saya makan, sedap ko
 
here we are, me with my friend, tak cukup korum lagi tu. nak bagi semua datang, kena booking satu Ben's ni baru muat kot. gebang gebung gebang gebung...time to pulang dah
 
Tak tau bila lagi kami boleh berjumpa macam ni. semuanya dah berterabur, kalau yang dekat KLCC tu momantai lagi coz still boleh jumpa2 lunch hour. tapi ada jugak yang dah park dekat Bangi, ada tu pulak dekat Wangsamaju...agak payah di situ nak berjumpa2 lunch bagai. anyway friendship tetap utuh di hati jiwa whatsapp, walau jauh di mata update diri tetap setiap hari.

2 comments:

Norhaizan hakim said...

Pernah kerana asyik ber wassap, dapur ayaris tak berasap!

tenku butang said...

bestnyea.. gathering la ni yea.. heee