Sunday, August 18, 2013

Hukum memakai celak

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 139-140 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukum pemakaian celak bagi perempuan yang berniat ingin mengusir syaitan? Adakah perbuatan ini boleh menimbulkan fitnah apabila bertemu dengan lelaki?

Jawapan

Hukum memakai celak mata adalah harus sama ada bagi lelaki ataupun perempuan. Celak adalah perhiasan yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad sebagaimana yang direkodkan dalam hadis Tirmizi dan Ibn Majah daripada Ibn Abbas yang bermaksud,

"Pada diri nabi, ada celak yang digunakan oleh beliau sebanyak tiga waktu."

Dalam hadis yang lain pula nabi berkata yang bermaksud,

"Sesiapa yang memakai celak maka hendaklah dipakainya sebanyak tiga kali."

Sarjana mentafsirkan 'sesiapa' dalam hadis itu termasuk juga kaum wanita.

Sarjana Islam menetapkan harus memakai celak bagi lelaki ataupun perempuan dan tiada larangan memakainya melainkan pada ketika mengerjakan haji iaitu makruh hukumnya.

Perlu diingat perhiasan yang dilarang ke atas kaum wanita itu bukannya celak, tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak terdapat pada hari ini. Alat-alat solek ini adalah perhiasan yang banyak menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

(Rujukan Kitab al-Mufassol Dr. Abdul Karim Zaidan juzuk 3 muka surat 354)

2 comments:

Lydia Miza said...

LM pun baru belajar pakai celak

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi yer