Saturday, August 24, 2013

Hukum memakai sutera

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 142 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukum memakai baju melayu thai silk (sutera thai) sempena hari raya Aidilfitri? Setahu saya, memakai sutera hukumnya adalah haram.

Jawapan

Kain sutera asli yang benangnya dihasilkan daripada ulat sutera adalah haram dipakai oleh lelaki. Manakala sutera tiruan yang dibuat daripada benang kapas yang bercampur dengan benang sutera. Sekiranya benang sutera lebih banyak daripada benang kapas, maka ia tetap haram ke atas kaum lelaki memakainya. Sekiranya benang kapas lebih banyak daripada benang sutera maka harus memakainya. 

Sekiranya tidak diketahui kandungan mana yang lebih banyak sama ada benang sutera ataupun benang kapas, maka hukumnya kembali kepada uruf iaitu kebiasaan.

Biasanya, kain sutera siam diperbuat daripada benang sutera asli. Oleh itu, ia haram untuk lelaki memakainya dan harus untuk wanita sahaja.

(Rujukan Kitab Fatawa Ibnu Hajar Al-Haithami)

No comments: