Wednesday, August 28, 2013

Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka

Petang ni nak keluar jalan2 ke Bandar Melaka. tak la semata jalan2 je kan, kalau datang Melaka ni tak sah kalau tak pekena ikan bakar dan tujuan utama saya dengan my laki ke Melaka adalah nak makan ikan bakar sebenarnya. 

Buat masa ni, tempat ikan bakar yang menarik dan sering kami kunjungi adalah di Umbai. hulu hilir ikan bakar di sana kami dah cuba dan alhamdulillah masih tak menghampakan lagi la. harga pun still reasonable kalau nak di bandingkan dengan KL. 

Sebelum kami pegi makan ikan bakar malam ni, meh saya up gambo ikan bakar di Parameswara, Umbai untuk tatapan uolsss. saja nak bagi bako semangat makan uolsss memuncak naik. 

Saya suka makan di sini, parking pun senang tapi bila ramai pengunjung...payah la jugak. bayaran sekali masuk di kawasan ni adalah RM1, duduk la berapa jam pun takde extra charge dikenakan.
 
Biasanya bab memilih ikan atau seafood adalah tugas my laki. bini tau pilih meja je. lepas pilih2 nak makan apa, masak macam mana...biasanya pekerja tu akan tanya no meja. inilah tugas bini, pilih meja lepas tu call inform no meja, order air, order nasi, order sayur.

Nasi putih pengganti nasi lemak. pada tekak saya, nasi lemak kurang padan nak makan dengan ikan bakar. oh dekat sini (Parameswara) pun boleh request masak asam pedas tau dan asam pedasnya sedappp. tak payah kalut2 nak mencari asam pedas tempat lain, dekat sini je pun dah cukup terangkat asam pedasnya.
 
sambal belacan ni jugak tidak mengecewakan, sedap jugak la 
 
Makanan waktu ni cepat pulak sampainya, maybe sebab orang tak ramai lagi, kami suka datang awal sebab takut lewat nanti takde tempat duduk pulak. ini adalah wajib ada kalau dengan my laki, sayur campur.
 
Saya lebih suka cecah dengan air asam compare dengan sos kicap tu, sedap layan rasa bacin2 ni. memang laju je tangan menyuap ke mulut. kenyang tu dah tentulah, giloz apa datang jauh2 semata nak makan ikan bakar tapi tak kenyang kan...
 
Butter prawn adalah 5 ekor tapi besar size nya. cukup la untuk makan 2 orang kan. ini pun kenyangnya sampai dah tak lalu nak makan udang lagi selepas tu hiksss.
 
ikan siakap bakar

Sotong masak halia, sotong ni besar2 ada dalam 2 ekor my laki ambik. sedap tak liat pun isinya selepas di masak. 
 
Ikan Bakar Parameswara, femes seantero Melaka gamaknya tempat ni. ramai jugak customer dari luar Melaka datang makan di sini. dengan harga yang berpatutan, insyaAllah masih mahu datang lagi hari ni hiksss. 

Ikan Bakar Parameswara
Medan Ikan Bakar
Pangkalan Pernu
Umbai 75460
Melaka

1 comment:

munna said...

selalu juga pergi melaka... tapi blm pernah lagi makan kat area ni....