Wednesday, August 14, 2013

Lunch buddy @ Flavours Bangsar

Hari ni hidup agak serabut sikit. sebelah paginya dengan huru hara mencari meeting room yang gamaknya semua orang sakan nak berdiskusi je. at the end manage to get the room jugak selepas buat muka kesian, buat suara paling sedih, buat drama sebabak dua. 

Sebelah tengah hari jadi driver pulak menghantar puteri anak boss mengikut arah tujunya sendiri. dari satu tempat ke satu tempat lain. lepas settle, pegi pula menguruskan urusan visa boss yang nak ku terbangkan minggu depan sampai bulan depan baru balik, oh dah ku plan segala tempat makan best2 selama ketiadaan dia hiksss.

Dan akhirnya dunia office ku berakhir tetap selepas 8pm. dah jauh nikmat nak balik around 4pm tu lagi. teringin jugak nak practice kan semula sepeninggalan boss di over the sea nanti.

Isnin lepas, berkumpul lagi sekali dengan kawan2 lama tapi yang ni batch jantans pulak. sungguh pun jantans tapi selera tekak adalah up to the top one. takat mamak2 tak main katanya, nak resto jugak. 
 
Atas pilihan jantans2 semua tu, Flavours Bangsar di serbu sudah. 
 
kepunyaan Chef Riz merangkap tukang masak rasmi di sini
 
2 gelas minum 2 orang, okay ape...
 
the one that i ordered tapi tah apa namanya, tak ingat langsung
 
kalau makan macam tu memang kembang tekok dek oiii...kena perencah dengan kicap cili ni, baru menendang2
 
Jantans kalau dapat makan, laungan suara suruh posing pandang camera pun di orang booo layan je...panas hati ahkak tau. 
 
Buttermilk spaghetti RM22, menu ni memang sedappp
 
Overall makanan dekat sini sedap2 belaka. nak mencuba, meh ambik address dekat bawah ni;
 
Falvours
51 G Jalan Telawi 3,
Bangsar Baru,
Kuala Lumpur.

1 comment:

Gieyana said...

Nmpk yummy! Tp kena thn nafsu psl bpntang...:(