Friday, August 16, 2013

Makan free @ Kelantan Delight

Ada orang belanja kita semalam lunch hour, bestnya. orang tu dah set appointment dengan kita dari Ramadhan lepas, amboi janji ditepati sangat...kita suka.
Orang tu nak belanja kita dekat Kelantan Delights Sooka Center, bertambah2 sooka hati kita ni coz Kelantan Delights is my fav place to makan2. orang tu dah booked tempat dari Khamis lagi, harus la coz tempat ni selalu je penuh dengan pelanggan. kita suka makan dekat sini coz tempatnya cozy sangat, tak tau la cawangan tempat lain macam mana...adakah secozy di sini. makanan akan sampai cepat, tak perlu nak menunggu lama sangat...kita lagi extra suka di situ, gebang2 dapat air, gebang2 lagi dapat makanan hiksss.

Kita ni sebenarnya baru balik dari Kota Bharu, makanya aura nak makan masakan kelantan ni masih berkobar2 di hati. jadi bila orang tu offer nak makan dekat sini, kita cepat2 angguk kepala sambil senyum mulut itik.
 
Kuah tomyam ni memang pedas sesangat tapi berhurup2 jugak kita makan, pedas2 sedap katanya. meh ambik alamat tempat makan ni sebelum kita terlupa ingatan ye;

Kelantan Delights @ Sooka Sentral KL
1-5, Level  1,
Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
Tel : 03-2785 1945

appetizer yang kita sooka sangat :)
 
dekat Subang Jaya pun ada cawangannya Kelantan Delight ni. ermmm....sedapnya ayam percik tu
 
nasi apa tah orang tu order, bila tumpang sesudu...erm sedap jugak

Terima kasih sebab belanja kita makan dengan saja2 tanpa sebab ni. nanti kita belanja awak pulak ye :)

Jangan risau, orang tu pempuan bukannya dak laki...hiksss

1 comment:

Lydia Miza said...

Ayam percik tu nmpk sedap