Friday, August 23, 2013

Musim peksa UPSR

Besok adalah hari terakhir bagi peperiksaan UPSR, kejab je masa berlalu. lepas ni anak2 dah menginjak alam sekolah menengah pulak. ingat lagi masa saya kecik2 dulu, bila nak ambik peperiksaan besar seperti UPSR...takat baca buku buat homework yang cikgu bagi je la. masa tu takdenya saya ambik apa2 kelas tuision. saya anak felda, waktu zaman tu taklah seperti zaman sekarang...semua kemudahan tuision senang di cari. masa saya tu pulak, betul2 ilmu di timba pada cikgu sekolah semata2. 

Anak2 jaman sekarang, beruntung sangat. kalau anak nak menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR ni, makpak depa semua pakat ambik cuti demi nak bagi moral support dekat anak, baguih macam tu. anak pun rasa best je kan, pegi sekolah makpak hantar jemput, makanan semuanya istimewa je depa bagi. tahap kesihatan pun sebaik boleh mereka jaga jangan bagi demam, takut nanti akan mengganggu tumpuan masa menjawab soalan...makpak demam takpe hiksss.

Di harap kepada anak2 yang sedang menduduki peperiksaan UPSR ketika ini dapat menjawab kertas soalan dengan baik. kepada ibu bapa pulak, u are the best kerana berjaya mendidik anak sampai ke tahap ini. jauh lagi perjalanan mereka, but u still doing the best.

Anak buah saya ada sorang yang ambik UPSR tahun ni, kawan adalah beberapa orang jugak.

Lepas balik kerja, singgah Pavilion nak cari barang. sambil tu terus je dinner dekat sana @ Tony Roma's
 
bread ni sedap lembut gebus sampai dua kali my laki mintak tambah
 
Lipton Ice Tea RM7.90
 
Chicken Mojo RM34.90 for my laki
 
Memphis Burger RM27.90
 
menu wajib setiap kali datang makan di sini, Roasted Vege RM6.90
 
Mamat ni mata memang memandang tv je, kebetulan masa tu ada tayangan bola....negara mana punya bola tak pasti pulak. plan asalnya nak makan beef ribs dekat sini tapi dah tukar ke menu ayam pulak.
 
muka plain w/out makeup 
 
dengan mata mengantuk sangat waktu ni, demi nak cari barang...gigihkan aje
 
Tujuan utama ke Pavilion, nak pegi Crabtree & Evelyn sebenarnya. handcream dengan body lotion dah nak habis stock, topup bagi wangi2 balik...my laki suka hiksss. dah dapat barang di cari, terus balik...
 
Ingatkan terus balik rupanya tidak, ada orang ajak minum kopi pulak. okay layankan aja sebab dia dah layan kita dinner dengan cari barang sebelumnya kan.

2 comments:

Cho Zila said...

sedap2 semuanya makanan dia... memang seronoktu...

Khai♥Rin : anies said...

lps ni da boleh merdeka la depa..amboiiii x nk ajk kite mkn sekali ke?