Friday, August 9, 2013

Nasihat kakak

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 134 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya menasihati kakak saya supaya tidak memakai baju ketat. Namun nasihat itu tidak diendahkannya. Adakah di akhirat nanti saya bertanggungjawab ke atas golongan ini?

Jawapan

Sekiranya saudara sudah menasihati, tetapi tidak diendahkannya, maka saudara sudah lepas daripada tanggungjawab menasihati. Mereka yang degil itu sendiri yang menanggung kesusahan akibat perbuatan mereka.