Sunday, August 25, 2013

Terjumpa barang kemas

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 143-144 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Ustaz, baru-baru ini saya ada terjumpa seutas rantai emas di Pusat Perniagaan Mydin. Bagaimanakah cara untuk saya memulangkan kembali rantai itu sedangkan saya tidak tahu siapa tuannya?

Jawapan

Seseorang yang menemui barangan yang tercicir di jalanan, maka dia tidak wajib mengambil barang itu. Apabila diambil, maka wajib dia mengiklankan penemuan itu di kawasan tempat barang itu ditemui.

Selepas usaha mencari pemilik barang itu tidak berjaya dalam tempoh setahun, maka barang itu boleh dimiliki oleh orang yang menemuinya, sedekahkan kepada fakir miskin, ataupun didermakan kepada surau ataupun masjid.

Penemu barang itu perlu merekod jenis barang dan nilainya sebelum menjual ataupun mendermakannya. Tujuannya adalah apabila tuannya berjaya ditemui lalu menuntut kembali barang itu, dia mudah menggantikannya semula.

No comments: