Monday, August 12, 2013

Thank you...

Hari ni bangun pagi sekitar 530am. mandi solat siap2 nak pegi keja. dalam 630am dah on the road nak pegi keja. semenjak lepas je cuti raya tempoh hari dah mula la keluar rumah agak lewat. maklumlah kekadang tu tak puasa, takde la nak bangun awal untuk sahur.

Tapi dalam minggu ni, nak atau tak nak saya kena jugak bangun awal dan pegi keja awal. masalah biasa setiap tahun apabila menjelang ambang2 merdeka ni. dah office nya pas betul dekat Dataran Merdeka, perarakan Hari Merdeka nya pun setiap tahun dekat Dataran Merdeka tu la. jalan yang selalu menjadi mangsa penutupan adalah jalan nak ke office. kes saya lagi payah, nak masuk parking pun tak boleh coz jalan ke parking dah di tutup untuk latihan perbarisan. 

Dapat notice menutupan jalan bermula tepat 7am, maka saya harus masuk parking before that. begini la nasib setiap tahun, dah kebal rasanya. besok ada raptai penuh, boleh saya menebeng tengok. maka tak perlu nak tengok lagi dalam tv on Saturday. saya dah tengok live telecast in advance punya.

Hari ni buat keja dekat office je, takde agenda untuk nak ke KLCC pun. tetiba dapat call dari reception suruh turun ambik barang. jenuh pikir rasanya takde order online apa2 pun minggu ni.  bila tanya, kakak reception tak nak bagi tau kena...suruh turun jugak. ohaiiiii turun jugak sudahnya.

Rupanya ada jambangan bunga untuk saya sempena birthday yang lepas 070713. curious sapa pulak yang bagi kan hiksss

Rupanya my ex boss yang bagi. tak sangka dia ingat lagi birthday saya. sebelum ni birthday my ex boss sampai anak bini pun saya je yang tolong ingatkan + tolong belikan hadiah lagi. my ex boss dulu tau semua dah tersedia je hadiahnya.

Dengan terselit kad ucapan yang penuh dengan sign anak2nya:

"Now my turn to always remember your birthday...love from me, my wife and kids"

4 comments:

Mrs. Ady Firdaus said...

uihh untungnya bos kasik jambangan bunga.cantek lak tu kak

anis abdullah said...

Untung babe..

Mizz ErMa said...

ya ampun k.ann, cool giler ex boss k.ann..hihi

.:fyzz:. said...

ur ex boss mmy superb besttttt..suker..love da flowers..