Sunday, August 11, 2013

Wali fasik

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 136-137 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Bagaimanakah status perkahwinan yang berwalikan orang fasik? Adakah yang menyatakan apabila mahkamah syariah menjatuhkan hukuman seseorang itu fasik baru boleh ganti dengan orang lain. Persoalannya, bagaimana sekiranya saya sedia mengetahui bahawa wali itu memang tidak menunaikan solat dan berjudi? Saya mohon ustaz menjelaskannya.

Jawapan

Seseorang itu dianggap fasik apabila dia melakukan perkara-perkara disebutkan dalam soalan, sekalipun belum diiktiraf oleh mahkamah syariah sebagai fasik. Pengiktirafan mahkamah hanya atas jalan berhati-hati supaya kita tidak menghukum membabi buta.

Apabila seseorang itu fasik, maka tidak sah dia dijadikan wali nikah kerana Nabi Muhammad berkata:

"Tidak sah nikah melainkan dengan wali yang baik."

Oleh itu, seorang yang nyata meninggalkan solat tanpa uzur ataupun berjudi, maka dia adalah seorang yang fasik.

1 comment:

tenku butang said...

perkongsian yg bagus.. thanx