Wednesday, September 25, 2013

Baquette bersama salad thai

Ada tetamu nak datang rumah, bukan sapa2 pun cuma anak buah saya yang nak datang dinner dekat rumah. dia dah pesan awal2 takmo makan yang berat2 lagi. macam tetahu je yang saya mulanya plan nak makan lauk bagai makan dengan nasi. bila dah dikatakan begitu, saya pikir menu yang simple je la...yang penting tak heavy sangat untuk orang yang sibuk nak mengecikkan pinggan tu. 

Mula la kepala ni pikir nak hidangkan roti je untuk anak buah makan tapi takkan nak bagi roti biasa je. okay kita pelbagaikan apa yang ada je...janji menepati piawaian yang tetamu dah tetapkan. tak paham aku, kita pulak yang kena ikut keinginan tetamu ye :)
 
Makanya inilah yang menjadi hidangan makan malam kami tadi...simple tak, dah macam hidangan sarapan pagi je. saya sediakan jugak baquette bersama salad thai. tau dah, nak resepi kan...meh ambik je dekat bawak ni, tak sedap dek tekak uolsss...jangan salahkan ahkak ye. tekak kami menerima je, takde masalah apa2 pun
 
Untuk roti baquette;

Pukul telur sehingga kembang dan masukkan bawang besar dan cili merah yang di hiris. setelah itu, potong roti baquette ikut suka.celup roti yang di potong tadi dalam adunan telur dan goreng sehingga kekuningan. saya goreng menggunakan planta saja. selepas itu angkat dan ketepikan.
 
Untuk salad thai;

Hiris ulam raja dan daun parsli, masukkan ke dalam satu bekas yang agak besar. salad ni lagi sedap kalau ada mangga muda tapi saya tak letak mangga pun, ahkak tak tahan benda2 masam ni dek, so ahkak tak masukkan la. masukkan hirisan cili merah, bunga kantan dan bawang besar, gaul mesra semua bahan2 tu. seterusnya masukkan kacang gajus yang di cincang kasar dan olive oil, gaul mesra lagi. akhir sekali perasakan dengan sos ikan, jus limau kasturi serbuk lada hitam dan garam secukupnya.  gaul2 bagi mesra semua sekali.
 

My laki sebelum balik singgah pulak pegi beli kuih dekat area mane tak, saya tak tanya pulak. banyak jugak choice kuihnya.
 
Beli la jugak air soya dekat pasar TTDI tu, sedap ko air soya ni. bulan puasa yang lepas, selalu je beli berbotol2. tetamu belum sampai, air soya dah tinggal setengah jug, payah nak kata di situ.
 
ini je menu jamu tetamu tadi, jangan serik datang umah makcik mung ni ye...

4 comments:

Cho Zila said...

gitukan... nampak sihat... kenalah ikut tekak tetamu... pandai tuan rumahni... nanti kalau akak datang nak yang berat2 boleh... ha..h a...

Dee said...

wah..sedapnya..berselera dee tgk pic food2 tu semua..

mekchu said...

bagus ni utk menu org sihat.. pertama kali baca resepi ni..

wantie said...

ha.. pandai pun. dah tetamukata tak berat memang tak berat pun menunya.


suka jugak dengan air soya.