Friday, September 13, 2013

Hari berlalu dengan layu badan ku

Baru lepas terbaca gossip pasal underware merah CikTa di jual di internet. macam2 betul dunia retis ni kan, makin mengarut pun ye jugak. takkan la CikTa nak suka2 tinggalkan underware dia merata2 tempat kan. 

Lepas tu dapat pulak tengok gambo2 kawin meletop punya lawa Fauziah Gauz dengan pasangannya. alahaiiiiii cayak hati ahkak tengok betapa indah cantiknya kejadian paras rupa Fauziah Gauz tu kan. dapat pulak husband cantik hensem pulak tu, oh bak kata bidalan...bagai pinang di belah dua. muka pun sama je, seiras gitu. semoga jodoh berpanjangan hingga ke jannah.

Hari ni rasa badan pun ada dingin2 panas, dah rasa senada sejak dari semalam. sakit tekak memang dah ada dari semalam, minum air suam banyak pun takde tanda2 nak sembuh. cuaca pun dah start memanas dari siang sampai ke malam. rasanya saya ni berjangkit dengan kawan2 dekat office, mudah berjangkit katanya. malam ni nak telan ubat demam sebelum tido. insyaAllah harapnya besok taklah jadi demam. 

Bila dah rasa badan nak demam, tekak pun tak berapa nak ada selera sangat. nak jalan2 cari makan jauh2 dari kawasan office pun tak berdaya. dekat mamak la hari ni pun yang mampunya.
  
limau suam untuk saya dengan limau asam boi for her, geram je tengok member teguk sedap je dipandangan mata

teringin ahkak ko ni, nak maggi sup mamak's buat

menu for her...cheese garlic nan

+ ayam tandori rentung kata ku

1 comment:

eMMe said...

nak try la garlic cheese Nan... selalu order nan cheese je... hehehe...