Sunday, September 1, 2013

Hidangan arak di hotel

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 146-147 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya bekerja dalam sektor perhotelan selama 10 tahun. Di tempat saya bekerja ada bahagian yang menghidangkan minuman keras dan kebanyakannya dikendalikan oleh orang Melayu. Menurut pandangan ustaz, adakah saya termasuk dalam orang yang bersubahat? Adakah pendapatan bulanan saya adalah 100% rezeki yang halal? Jualan minuman keras itu termasuk dengan pendapatan hotel yang lain. 

Jawapan

Sesiapa yang terlibat secara langsung dengan minuman arak ini seperti membeli, menghidangkan, mengangkat ataupun seumpamanya, maka dia dilaknat oleh Allah. Dia dikira bersubahat dengan orang yang meminum arak itu.

Pekerja yang tidak terlibat secara langsung tidak termasuk yang kena laknat. Manakala pendapatan yang diperolehi tidak berkat.