Saturday, September 21, 2013

Hukum mencium tangan semasa bersalam

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 156 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Bolehkah kita mencium tangan seseorang seperti ibu bapa dan guru, semasa bersalam?

Jawapan

Harus hukumnya mencium tangan ibu bapa ketika bersalam dan tidak ada seorang sarjana Islam muktabar pun yang mengatakan haram.

Begitu juga harus mencium tangan pemimpin yang adil, sarjana Islam dan juga orang soleh sebagaimana yang disebut oleh sarjana Islam dalam kitab-kitab mereka.

Sarjana Islam berdalil dengan perbuatan para sahabat mencium tangan Nabi Muhammad dan antara sahabat.

(Rujukan Kitab Fatawa Imam Nawawi dan Fatawa University Al-Azhar)

1 comment:

Pn Sheila said...

erm... tp sesm muhrimkn...