Thursday, September 19, 2013

Kehidupan

Femes semalam pasal topik isteri yang memaki hamun pak guard.  

Macam2 la orang komen dalam radio pasal topik ni, saya yang mendengar pun kekadang masuk akal jugak bila pendengar bagi komen macam2 kan. tepuk dada, tanya IMAN. kerana mulut badan binasa bak kata bidalan.

Kadang2 kita boleh alpa dengan orang2 di sekeliling kita, bila masa kita merasakan diri kita ni dah cukup hebat. tambahan orang yang kita nak bandingkan tu memang ala2 rendah sikit pangkat dan darjatnya. tapi jangan lupa, orang itu tetap manusia, kalau dah manusia tentu la ada perasaanya...jangan secukup rasa pulak bila berbicara. 

Ah pening2 lalat bila baca banyak sangat kejadian alam semula jadi ciptaan manusia ni, kadang2 tu di luar jangkauan pun ye jugak. tapi itulah kehidupan namanya. pengalaman mengajar kita erti kehidupan. lagi ramai orang kita kenal, lagi banyak kerenah yang kita jumpa. barulah warna2 kehidupan menjadi ceria...

Walaupun air yang kita minum sama sedap rasanya di tekak sendiri, tapi bagi yang tak minum kopi...air tu tetap tak menarik di matanya. ehhhh macam dah lari topik pulak saya ni

Suami isteri jugak pun macam2 halnya kan, tak sefaham la tak sekata la tak sehati sejiwa la tapi itu semua tetap asam garam kehidupan. orang katanya penguat ikatan rumah tangga tapi sampai manakah dakwaan ayat tu, kita pun tak tau. 

Hanya kita (diri sendiri) yang mampu menilai sejauh mane diri kita menjaga diri. orang lain tak boleh control mulut kita untuk berkata2, tak boleh kawal kaki kita untuk melangkah, tak boleh kawal diri kita untuk melakukan apa yang kita suka. saya pun suka jugak terlepas2 kata perbuatan ni...huhuhuhu my bad.

1 comment:

LYAfrina said...

Kata2 y kluar dr mulut adalah pantulan dr hati kt.. Ermmmm...

Lya bkn pminat kopi.. Bau pon xleh...