Friday, September 27, 2013

Ketupat sotong

Kemaruk pulak nak makan ketupat sotong. bila dah teringin tu kadang2 tekak ni tak boleh nak tunggu hari lain, dan2 tu jugak naknya.

Check dalam ice gobok, adalah 4 ekot sotong...kocik2 yo lah pulak tu. takpe ahkak gigih jugak buat demi nak menamatkan rasa teringin tu. 
 
Haah ko ambik, tak ke kecik sotongnya tu. tapi takpelah, sendiri je makan laki bini. nah, ambik je resepi ni;

Bersihkan sotong dan masukkan beras pulut ke dalam sotong tu. lagi best kalau dapat sotong yang besar dan ada telur dalamnya. cucuk lidi pada bahagian atas sotong beserta dengan kepalanya sekali. kemudian rebus sotong hingga masak, toskan dan ketepikan.

Masukkan santan bersama bawang putih, serai dan asam gelugor sehingga pekat. saya suka letak kunyit, biar cantik sikit kalernya. masukkan sotong dan biarkan seketika.

Lepas tu angkat dan hidang.
 
sawi goreng
 
disebabkan sotong ciput je, tambah la dengan telur dadar ni
 
Ini je hidangan saya malam tadi, simple cepat. tak perlu berlama2 dekat dapur.

4 comments:

eza miza said...

nampak sedap neh...nyum3..

Mimy Hamid said...

nyumsss ketupat sotong..nakkk

Yumida Huda said...

aaaaaaaaaaaaa...sedapnye!
lama x mkn sotong
blh buat ni kan bila weekend ke

Amanina Mads said...

sedapnya... nyum2 :)