Monday, September 2, 2013

Majlis nikah sepupu

Hujung minggu yang lepas2, saya sempat datang majlis akad nikah my sepupu dekat Jasin, Melaka. majlis akad nikah dekat masjid saja, bawaklah makanan dekat sana untuk hidang orang masjid makan sekali.

Saya dan my laki tak dapat datang untuk majlis bersanding my sepupu sehari selepas tu coz my laki kena keja. tu yang gigih jugak datang masa akad nikah ni. akad nikah sebelah pagi dan pasangan pertama yang dinikahkan di masjid ni. 9am dah sampai masjid.
 
masa ni masih menunggu juru nikah (tok kadi) datang, kena la kan...takkan tok kadi nak tunggu pengantin
 
bila tok kadi datang, dimulakan dengan berjumpa wali pengantin perempuan dan saksi2. my bro antara saksi bagi pihak lelaki
 
ahkak macam biasa, yang paling banyak warna hiksss
 
lepas tu panggil pulak pengantin perempuannya, tanyalah setuju ke tidak nak kawin dengan my sepupu. kot2 la ada unsur2 kawin paksaan pulak, jadi persetujuan tu kena keluar dari mulut pengantin perempuan sendiri di hadapan walinya.
 
bla bla bla....
 
jijih ahkak mendengar...
 
bla bla bla....paham tak bla bla bla...paham tak. my sepupu masa ni dah lenguh kaki lutut duduk bersila. kena tazkirah sejam jugak la sama macam ahkak nikah dolu2
 
lepas tu barulah akad dijalankan. alhamdulillah sekali lafaz dah selamat jadi suami orang.

Lepas tu terus selesai majlis dan tetamu dihidangkan dengan makanan yang di bawa ke masjid. simple2 je menjamu pun, makan bihun goreng dengan teh tarik + kuih muih. 

No comments: