Saturday, September 7, 2013

Mencuri di pasar raya

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 148-149 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Ada seorang teman berkongsi masalah dengan saya. Katanya, dahulu dia pernah mencuri di sebuah pasar raya. Dia mencuri dua pasang baju T dan seluar. Dia rasa tidak tenang dan takut solatnya tidak diterima oleh Allah. Bagaimana dengan pakaian yang dicuri itu? Adakah perlu dipulangkan ataupun dibuangkan. Bagaimana cara bertaubat yang betul bagi menenangkan hatinya?

Jawapan

Mencuri adalah haram dan berdosa di sisi Islam. Pelakunya wajib bertaubat kepada Allah atas perbuatannya itu. Disyaratkan memulangkan barang curian itu kepada pemiliknya kembali.

Sekiranya barang curian itu adalah pakaian, maka ibadah yang dia kerjakan diterima sekiranya memakai pakaian itu sewaktu melakukan ibadahnya itu.

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad berkata:

"Siapa yang memakai pakaian yang haram maka solatnya tidak diterima selama dia memakainya."

Taubat nasuha sebagaimana yang disuruh oleh syarak dan berhenti segera daripada melakukan dosanya itu. Kemudian menyesal dalam hati melakukan dosa itu dan berazam tidak mengulangi lagi dosa itu pada masa akan datang.

1 comment:

Fizalinolie said...

Mencuri mmg perkara yg tak baik. Baik fikir sebelum buat. Byk -ve dr +ve impaknya. Nice info. Keep it up!