Saturday, September 14, 2013

Menggunakan pinggan di restoran

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 152-153 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apa hukumnya makan di restoran dengan pinggan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam seperti sudu, pinggan dan gelas.

Jawapan

Sekiranya bekas yang digunakan oleh orang kafir itu tidak terkena najis, maka sunat dibasuh dahulu sebelum makan menggunakan bekas itu.

Sekiranya bekas itu terkena najis dan digunakan bagi mengisi makanan yang haram seperti arak ataupun daging babi, maka wajib dibasuh dahulu sehingga bersih sebelum makan ataupun minum menggunakan bekas itu.

Para sahabat bertanyakan kepada Nabi Muhammad sekiranya berada di negeri orang bukan Islam, adakah harus makan minum dalam pinggan mangkuk mereka? Maka nabi menjawab, "Basuh dahulu baru boleh makan dengan bekas itu".

2 comments:

ZazaMyMoon said...

thx for sharing Ann..

Rai Ourkizuna said...

maksudnya cukup dengan basuhan biasa la kan.. tak perlu disamak bagai..