Sunday, September 29, 2013

Mesin pakaian basuhan automatik

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 160 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Sucikah pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuhan automatik? Bolehkan pakaian itu dipakai bagi bersolat?

Jawapan

Sekiranya betul cara membasuhnya, maka pakaian itu suci sama ada dibasuh dengan tangan ataupun mesin. Perkara yang perlu difahami adalah cara-cara membasuh iaitu jika baju kita tidak terkena najis dan dibasuh dengan mesin bersama-sama pakaian yang juga tidak terkena najis, maka baju itu suci sama ada dibilas akhirnya ataupun tidak dibilas.

Tetapi sekiranya baju yang tidak terkena najis itu dibasuh bersama pakaian yang terkena najis, maka wajib selepas basuhan mesin itu dibilas dengan air yang bersih kerana semasa di dalam mesin basuh, baju kita itu terendam di dalam air yang bernajis.

Cara membilas boleh mengunakan tangan di luar mesin ataupun dengan mesin. Jika membilas dengan mesin disyaratkan air keluar masuk ke dalam mesin iaitu ketika mesin membilas, air bersih masuk melalui paip dan keluar melalui saluran keluar air. Apabila air bersih yang keluar daripada mesin itu tidak ada lagi tanda-tanda bersabun maka bilasan itu dianggap bersih.

1 comment:

Khai♥Rin : anies said...

tingat mama sy dia x suka mesin basuh gini..katanya dr segi shariat x bersih...sy diam je