Sunday, September 8, 2013

Pemakaian niqab (purdah)

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 150-151 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Adakah boleh sekiranya seseorang itu ingin memakai purdah kerana ingin menutup kecantikannya? Adakah pemakaian purdah ini digalakkan bagi tujuan lelaki yang bukan mahram tidak mudah untuk mendekatinya. Saya kurang jelas berkenaan pemakaian purdah ini.

Jawapan

Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) ada dua pendapat.

Pendapat pertama daripada sarjana Islam mazhab Hanafi dan Maliki adalah, seluruh badan melainkan ke dua tapak tangan dan wajah adalah aurat.

Manakala pendapat ke dua pula daripada sarjana Islam mazham Syafii dan Hanbali, seluruh badan termasuk wajah adalah aurat dan wajib ditutup.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah menutup aurat ini bukan kerana wajah adalah aurat, tetapi sebab menutup pintu fitnah. Tidak dapat dinafikan wajah wanita adalah fitnah besar yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini adalah memakai hijab yang menutup wajahnya bagi menjaga pandangan lelaki yang fasik dan tidak bermoral.

Jangan keliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun daripada pandangan mahramnya sendiri. Manakala hijab adalah suatu yang lebih daripada sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil-dalil yang terperinci mengenai kewajipan berpurdah ini, mohon merujuk kitab Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Kesemua dalil-dalil daripada al-Quran dan sunnah juga kenyataan Abu 'Ala Al-Maududi berkenaan kesalahan orang yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hujab yang menutup wajahnya, ada dalam kitab itu. 

1 comment:

Umi Nazrah said...

teringin nak berniqab. inshaAllah mendoakan agar Allah perkenankan doa ku :)