Monday, September 23, 2013

Proses baju raya Aidiladha

Aktiviti mingguan kali ni lebih menjurus kepada duduk diam2 dalam rumah je hiksss. selesaikan weekend jobs tu biasalah, orang bujang pun kemas rumah hujung minggu kan selain bergolek layan cerita dalam tv sepanjang hari....bila lapar cari makan. heaven je kan bersenang lenang di rumah.

Lagi 2 minggu kita dah nak menyambut hari raya Aidiladha pulak, so dah mulanya sesi kemas2 rumah saya ni. kuih raya kek raya pun dah tempah, minggu depan dapat la tu. makcik dekat kampung dah sibuk berkira2 nak bakar lemang entah berapa batang gamaknya, buat ketupatnya, buat rendang kuah kacangnya sekali. saya jugak yang kena laung balik awal tolong memasak. yelah...anakanda balik awal ye, ambik cuti dah siap2 ni.
 
my laki dah mula dengan mesen jahitnya, buat baju raya sendiri
 
biasanya raya Aidiladha, warna baju raya rasmi kami memang warna hitam je hiksss...dah bertahun2 jugak begini
 
Eh baru ingat baju raya Aidilfitri pun saya tak tunjuk2 lagi ek. takpelah akan diusahakan untuk menunjuk2 apa yang patut je. kisah raya yang lepas, eh sama je setiap tahun takde ubahnya, meriah semedang bila kita bersama2 dengan keluarga ye dak...

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Wah!. Mesti meriah aidil adha di sana. (actually tertanya2 kat mana Ann sambut raya haji... nampak mcm meriah je).

Kitorang kat sini tak buat baju raya.. sbb mmg tak meriah.

nuyui a.k.a miss YUI said...

huhu..tak terasa raya haji..

Ema Johari said...

wah, dh ada baju raya utk raya haji...laju...

wantie said...

nama pun raya. haruslah meriah kan..