Thursday, September 12, 2013

Rawang Burger Bakar

Sekarang ni dah jadi trend pulak, burger bakar. sana sini situ dok cerita betapa bestnya burger bakar tu. saya pun tak ketinggalan jugak, teringin gak la nak merasa kesedapan burger bakar yang femes tu kan. terus je mencari Rawang Burger Bakar (RBB) malam tadi.

Niat nak jadi macam CikTa tu saya lupakan seketika. besok nanti kita diet semula, CikTa tau ni mau geleng kepala dia tengok peminat dia ni ngelat diet...hajad di hati tinggi nak ramping cantik macam CikTa, kederat tu yang tak berapa nak jitu.

Ramai blogger2 yang dah pergi mencuba burger bakar dekat sini, saya punya tahap keterujaan tu sama naik dengan keinginan nak mencuba. tengok harga pun berpatutan, dengan daging bakar yang tebal, garing bila di bakar. aroma, jangan cerita....penuh sepanjang jalan dengan asap kepul2 melambai2 mengamit pelanggan untuk datang bertandang sama.

Kalau ikut kedudukan kediaman saya, RBB yang paling dekat adalah di Wangsa Maju, betul2 berdepan dengan Affin Bank. setiap malam ramai orang dekat gerai ni terutama sekali malam minggu, meja sentiasa penuh.
 
Burger ni namanya "Ombak Rindu" RM9 + cheese okay, my laki yang order. budget la kalau makan ni boleh rasa macam abang aron ajis duduk sebelah kan. dengan limpahan cheese, black pepper sos, sos cili...perh memang mantap sedap rupanya burger ni.

RBB ni setahu saya ada banyak cawangannya, ikut uolsss la nak pegi yang mana kan. pastikan dekat dengan kawasan jajahan uolsss. boleh rujuk dalam facebook RBB sendiri, segala maklumat ada dalam tu. yang penting memang puas hati, makan burger sampai kenyang...

Saya ni taklah hot sangat pun tapi saya naklah makan sesuatu yang aummm gitu, so "Hot Chic" RM9 + cheese adalah pilihan hati ku. nasib agak baik, q tak berapa panjang dan kebetulan ada satu meja kosong, order dan terus dapat duduk. burger je agak lambat dapatnya coz ramai yang order dan tak kurang jugak yang take away jugak.

Kesimpulannya, sedap...boleh datang lagi :)

4 comments:

Mek Onie said...

paling penting cheese dia !

Khai♥Rin : anies said...

nk tggu turn tu yg..aduyaiii maleh nyerrrr

eMMe said...

hurm.. burger bakar Abg Burn tak dpt lagik, ni kan pulak burger bakar Rawang..uhuhuhu....

Mimy Hamid said...

megat kalau mian futsal kat KD mesti belikan bininya..hehehe