Wednesday, September 18, 2013

Rezeki malam ni

Petang tadi sempat layan badminton sepukul dua, selang seli dengan pegi gym jugak. riadah dengan kawan2 yang dah booking main badminton hari ni. 

Bila dah bersukan keluar peluh ni, perut mula la laparnya tahap lain macam sikit. nafsu nak makan tu meluap2 sampai kalau ada nasi waktu tu jugak makan tak pandang orang dah. sambil jalan balik ke tempat parking tadi dah berkira dalam kepala, nak masak dah rasa malas je. nak makan dekat luar pun dah malas jugak. sudahnya balik jugak la rumah, tawakal makan je apa yang ada.

Bagi pucuk di cita ulam mendatang, my laki balik dengan ada kiriman makanan sampai di rumah...
 
terima kasih ibu mertua ku...macam tau2 je kan
 
sambal ikan bilis petai dengan...
 
rendang ayam special mak kita buat, bestnya makan sampai tak tinggal baki dah...licin

sayang mak kita ketat, meh nak cium cikit :)

8 comments:

Wak Gelas™ said...

fuyohh wakk tengok pon sodappnyerrt.. eehHee

Khai♥Rin : anies said...

baik nyer MIL diaaaa

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bestnyerrrr mil kirimkan makanan sedap

~AmyLiana86~ said...

wah untungnyer..kite ni lg la mak n mil jauh..terpaksa la balik kg nk makan dorg punya..huhu..

petai tu best..adoi..

aniswany lazim said...

sambal petai!!!dapnyeeeeeee

nita said...

sadapnya.... terasa lapar pulak tengok sambal petai ngan rendang ayam tu..

Kakzakie said...

Rendang ayam mak yg masak memanglah licin. Kakak tengok pun dah meleleh ni Ann..

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.