Sunday, September 15, 2013

Sedekah

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 154-155 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Bagaimana sekiranya datang seorang budak meminta duit dalam keadaan saya ragu-ragu kepadanya. Adakah dia peminta sedekah suruhan ataupun memang berhajat kepada duit. Apkah patut saya buat sama ada memberi duit kepadanya ataupun tidak?

Jawapan

Sekiranya kita tidak yakin sama ada peminta derma itu benar ataupun penipu, maka harus kita beri kepadanya. Sekiranya dia sebenarnya memang berhajat, maka kita dapat pahala sedekah dan sekiranya memang dia seorang penipu, maka kita dapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kena tipu.

Peminta derma yang memang diyakini seorang penipu maka tidak harus kita beri wang. Memberi pertolongan dalam perkara dosa itu haram menurut pandangan sebahagian sarjana Islam. 

No comments: