Wednesday, September 4, 2013

Tegur

Biasa kena tegur tak? tak kisah dengan sesiapa pun tapi pernah tak uolsss kena tegur. 

Kisah semalam ni dekat tempat kerja, adalah seorang si polan ni marahkan si pilon. punca marah tu dah tau la puncanya dan ternyata si pilon ni buat benda yang betul. tapi tu la si polan ni macam tak boleh nak terima kenyataan. dari perbincangan biasa tetiba high pitching kedengaran siap dengan bunyi tepuk2 dinding dengan baling2 pen. 

Okay di situ dah terfikir di kepala ni, takkan la tindakan tu nak macam bebudak kot...baling2 barang. marah2 di kawasan yang terbuka (dekat workstation) dengan keadaan masa tu ramai orang dekat department. saja la agaknya nak bagi orang semua dengar di polan ni marah si pilon tuh.

Maaf la, pada saya tindakan sebegitu adalah tidak professional langsung. sepatutnya si polan ni kena mengawal tahap kemarahannya, bagus kalau si polan ni kena hantar training stress management...bagi betul kan sikit fius mana yang dah longgar tu. 

Kesian si pilon tu, dah la malu kena marah bodoh2 depan orang. menjatuhkan air muka orang je. boleh ke si pilon ni buat pengaduan dekat management...kalau saya memang dah masuk "dalam" pun. si polan tu memang patut kena ajar cara macam tu je.
 
Dah...tutup kisah. baik tunjuk makanan malam ni. masak tempoyak daun kita malam ni. ada petai sikit, masuk jugak bagi ada rasa petai.
 
Keliur tak...hiksss. saya dah masakan nogori memang sukar di pisahkan. kalau di pisahkan, hilang la deria rasa...ewahhhh

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tensen klu dpt officemate cenggitu.

*Sedapnya tempoyak!!.

ZazaMyMoon said...

Saya pernah alamai situasi mcm tu.. malu ok!! dah lah kena marah dpn org ramai, siap menghina lagi.. hurmm sabo je lah
psstt lauk tu nmpk mmg menyelerakan tp sy tak makan tempoyak ;)

Khai♥Rin : anies said...

ms memula keje dulu sy da set dlm kepala awl2..kn hentam ke perli ke..sy harus profesional..alhamdulillah, wpn kena hentam teruk, sy bleh releks je...just anggap ni semua asam garam dunia pekerjaan..ceh wah! ;-)