Wednesday, October 30, 2013

Avillion Admiral Cove Port Dickson

Dah lama rasanya tak up cerita jalan2 merata tempat walhal ada je activity setiap bulan cuma nak bercerita selepas kejadian ni memang amat payah nak di buat. tapi hari ni saya up la jugak, bagi sama2 mendapat idea nak bercuti2 sempena cuti sekolah or cuti hujung tahun yang tinggal 2 bulan je lagi ni. sekejab masa berlalu, 2013 dah semakin sampai ke penghujungnya.

Waktu kejadian ni, adalah dah beberapa bulan kebelakang...bercuti di Port Dickson. tujuan asal bercuti tu adalah kerana nak attend majlis akikah anak buah kepada sepupu saya di Seremban. oh ye saya orang Seremban dan berumah tumpah darah jugak di Seremban...tapi tetap nak merasa hidup sebagai orang perantau, tu yang stay dekat PD. mujur je my family sporting, takdelah membebel tak mo balik rumah. cuma makpakcik tak tau, diorang ingat kami dari KL dan balik semula ke KL. my sista cover baek punya, nanti kalau diorang tau memang confirm bising.

Kali ni kami stay di Avillion Admiral Cove, Port Dickson untuk 3D2N gateway check in hari Jumaat. nak cari kedudukan hotel ni pun senang baitu, ada banyak papan tanda tunjuk arah untuk ke hotel ni. check in proses jugak sekejab sahaja, maybe masa kami datang adalah bukan peak season...bilik dah sedia menanti gamaknya. gambo dekat lobi memang takde, malas!!!

Ditakdirkan kami tak dapat king bed sebaliknya dapat twin bed. small matter jugak, rapatkan aja la. bukan payah sangat. kami ambik superior room inclusive breakfast.

Ada sofa/day bed disediakan, cantik sangat la jadi tempat tido sambil menghadap matahari tenggelam beserta angin sepoi2 bahasa. sliding door sebelah kiri tu untuk pemisah antar ruang katil dan sofa. kalau malam2 bininya tak mo di kacau tidonya oleh bunyi tv, boleh tarik sliding door tu bagi tutup ruangan tido. 

Ada 2 study table, molek la sorang satu ambik. masing2 walaupun bercuti tapi still ada kerja jugak yang mengikut sekali. salah satunya menghadap tv ni, sejuk sangat coz bawah aircond...saya tak nak. my laki ambik tempat tu. tv tu je yang saya rasa agak tinggi dan jauh dari katil. lepak baring dekat katil kena pakai spec jugak, tv tu more mengarah ke sofa/day bed. channel adalah lumayan banyaknya.

Satu lagi dekat sebelah mini pantry ni. mini pantry siap ada singki tempat cuci tangan or cawan segala la. tak pakai sangat pun coz makan dekat luar je. fridge pun ada sekali dalam kabinet dekat singki tu

set yang biasa ada di mini bar

Kawasan toilet yang agak luas dan BERSIH. ini penting sangat untuk saya...sakit mata kalau nampak ada kesan karat air dekat singki.

Toilet ini ada 2 pintu masuk, satu pintu masuk di laluan keluar masuk pintu utama dan satu pintu lagi di sebelah mengadap katil. kalau laki bini yang belum ada anak lagi tu macam kami ni, bolehlah nak mandi tak payah tutup pintu hiksss. takde bath tap, just standing shower.

toiletries set

Bilik ini takde balkoni tapi ada sliding door, agak bahaya sekiranya ada anak kecik. 

Nun di sana sayup2 laut lepas. tertarik dengan rumah nan sebuah tu, ada penghuni tau. bila malam terang benderang rumah tu. 

5 comments:

Qhaifa Nur said...

pergi PD jarang bermalam...balik hari saja...
cantik, bersih hotel ni...memang puas hati...

rumah siapa nun jauh dilaut ni...bertuahnya kan

O'gosh Iskandar said...

best gila hotel...lama x singgah PD..

Kesuma Angsana said...

wah best, tgh berkira nk bwak adik ke PD ni & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !

Dee said...

kalau kami tak dpt hotel kt kuantan aritu..kat sinilah teambuilding kami..hehehe..not bad hotel dia..boleh consider utk cuti2 hujung tahun bwk anak2 pulak..

Fizalinolie said...

Wah! Nampak mewah hotelnya Ann. Seronok ler dapat bercuti sekali sambil hadiri majlis akikah anak buah kpd sepupu.

Saya pun macam Ann. Tak suka tengok toilet tak bersih. Rimas!! Hehe...