Sunday, October 27, 2013

Golongan syed dan syarifah

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 173-174 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya terdengar kawan berketurunan ini berkata, "Sekiranya golongan syed dan syarifah melakukan dosa ataupun pahala, ia jadi berganda. Mereka tidak boleh makan duit zakat. Pendek kata golongan ini lebih mulia daripada golongan lain.

Dari sudut agama, adakah situasi ini betul? Setahu saya, manusia sama sahaja iaitu daripada keturunan Nabi Adam dan yang membezakan kita semua hanya amalan.

Jawapan

Sarjana Islam sepakat mengatakan keturunan yang paling mulia adalah Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib daripada puak Quraish dari kerana ini keturunan Rasulullah. Daripada keturunan ini lahirnya golongan syed dan syarifah.

Namun, maksud mulia di sini adalah mulia di sisi manusia itu sendiri sekiranya dibandingkan dengan keturunan  lain dan bukan bermaksud manusia yang paling mulia di sisi Allah. Manusia paling mulia di sisi Allah ialah manusia yang paling bertakwa kepada Allah sebagaimana yang tersebar dalam al-Quran hadis-hadis yang sahih.

Oleh itu, keturunan syed dan syarifah belum tentu mulia di sisi Allah sekiranya mereka tidak bertakwa kepada-Nya. Ini bermakna sekiranya nama sahaja syed ataupun syarifah tetapi derhaka kepada Allah, maka keturunan lain lebih mulia daripada mereka yang taat kepada Allah.

Sebuah hadis sebagai pengajaran yang mana Rasulullah berkata,

"Syurga itu bagi mereka yang taat sekalipun keturunan hamba lagi hitam kulitnya. Manakala, neraka itu bagi mereka yang derhaka walaupun daripada keturunan syed daripada bangsa Quraisy."

4 comments:

Nora Karim said...

iye... yang membezakan kita adalah iman dan amal... mudah2an kita pertingkatkan amalan kita dan moga Allah permudahkan segalanya... Amin

Aimaniman Ezaiza said...

Yuppp syh dan sy pun x semestinya kuat beriman ... apa ada pd nama?

azieazah said...

Dulu mungkin orang percaya. Sekarang ni, golongan Syed dah tak kisah kahwin dgn wanita yang takda gelaran Syarifah pun...

Azian Elias said...

Thanks for sharing..

ye lahh.. amalan bukan letak pada pangkat dan harta kann.. semua nya dinilai ALLAH.. mulia di sini NYA tanpa ada batasan pangkat atau keturunan atau harta..