Saturday, October 19, 2013

Kematian: Mayat budak

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 169-170 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Bagaimana dengan jasad kanak-kanak yang meninggal dunia yang belum baligh? Adakah dia sebagaimana mayat biasa yang akan reput ataupun jasadnya terpelihara?

Jawapan

Apa yang disebut oleh sarjana Islam muktabar, kanak-kanak yang mati sebelum baligh tidak terkena fitnah kubur seperti soalan malaikat Munkar dan Nakir, kubur gelap dan seumpamanya. 

Begitu juga di Padang Mahsyar nanti, kanak-kanak tidak mengalami kesusahan sebagaimana orang dewasa.

Tidak dapat dikatakan mayat kanak-kanak tidak reput kerana tidak ada sebarang nas yang menyatakan seperti itu seperti mana mayat para nabi dan para syuhada.

No comments: