Thursday, October 17, 2013

Kuih Pai Tee

Lepas balik dari office malam tadi, saya dan my laki pegi ke rumah mertua. my laki seminggu dua ni akan pegi keja bersama2 coz dia kena attend something dekat Bangsar. bila dah sampai Dayabumi, mamat ni terus pegi Bangsar naik lrt je.

Bila dah siap dinner, kami terus nak balik. bertuah kan, datang umah mertua semata2 nak makan je. rezeki jangan ditolak weh, musuh jangan dicari.

Balik rumah bukan sebab nak tido cepat tapi nak buat kerja masak memasak sikit untuk makan dengan kawan2 di office hari ni. ada yang nak bawak ketupat kuah kacang, lemang rendang, kek bagai dan saya hanyalah plan nak buat snak. dalam kepala dok terngiang2 nak buat Pai Tee. selak2 resepi, terjumpa la resepi cik mat gebu kita...zasssss terus buat. nak resepi...yang proper kena cari dalam blog cik mat gebu, hok saya ni dah singkat2 je ayatnya. mintak izin ye saya kongsikan bersama resepi ni walaupun dah tinggal singkat.
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PIE TEE :- Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul rata dan ayak. Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung.
  3. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
  4. Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
  5. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
  6. UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh.
Adalah saya hidangkan sepinggan untuk my cik abang gebu saya. suka betul dia, sekali dapat terus habis, saya dapat merasa sebiji je. sat lagi nak pegi masukkan inti dalam mangkuk pai tee ni, kejab lagi dah nak duduk bersidang agenda makan2.

11 comments:

Fizalinolie said...

Nampak sedap. InsyaALLAH nanti nak try jugak. Hikhik...

Kakzakie said...

Lepas letak inti kena cepat makan baru rangup dan sedap kan Ann... kakak suka tapi buat tak pernah..

Mimy Hamid said...

suka kot pie tee..nak ..dulu pernah buat...pastu lupa

Rose Azadir said...

Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

nea lopah said...

saya pun suke..tapi malas nk membuatnye...hehehe
tq shre resepi...nanti bole lah sy cuba buat sendiri.

Mizz ErMa said...

nampak macam sedap aje..kalo rajin nanti leh ler try resepi k.ann nie..hihi

anis abdullah said...

Sedapnya.. kuah dia ko cecah apa ek

Kesuma Angsana said...

pergh berpai tee ;ah pulak, mmg best !

Myra Jay said...

Mj suka makan kuih ni, tapi nak baut tu malas..heheee

Masya said...

Teringin nak nuat.. Acian xde.. X beli lg

Siti Asiah said...

sedap kuih Pai Tee ni. 1st time makan Pai Tee ni kat Chicken Rice Shop...;)