Saturday, October 12, 2013

Lukisan lucah

Isu Semasa - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 165-166 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukum melihat bahan lucah dalam bentuk lukisan dan bukannya gambar hidup?

Jawapan

Melihat gambar, video ataupun lukisan yang berunsur lucah adalah dilarang oleh syarak sekalipun ia hanya lukisan kerana menyerupai lukisan-lukisan ataupun komek lucah yang banyak terdapat dalam internet sekarang ini.

Apabila kita menjauhi diri daripada melihat perkara-perkara seperti ini, maka kita layak mendapat rasa manis dalam mengerjakan ibadan sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah dalam hadis-hadis yang sahih.

Sebabnya dilarang adalah kerana perkara-perkara itu menyebabkan bergeloranya nafsu dengan perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak melainkan gambar-gambar yang memberahikan itu adalah gambar-gambar orang yang dihalalkan kita melihatnya seperti gambar isteri, maka tidak dilarang.

2 comments:

Kakzakie said...

Harap boleh dijadikan panduan pada yg tak tahu..

Selamat Hari Raya Aidil Adha Ann..

azieazah said...

Uishh apa la pekdahnya simpan gambar camtuh....